Wednesday, September 26, 2007

TINJAUAN AWAL SAYA DI KOTA TINGGI




PADA 3HB OGOS YANG LEPAS SAYA SEBAGAI KETUA KUMPULAN BERSAMA-SAMA KETUA KUMPULAN YANG LAIN TELAH PERGI MEMBUAT TINJAUAN AWAL DI DAERAH KOTA TINGGI JOHOR. KAMI PERGI DENGAN MENAIKI SEBUAH BAS DAN BERTOLAK PADA PUKUL 8.30 MALAM. ROMBONGAN INI DIKETUAI OLEH PROF. MADYA DR HAMZAH JUSOH SELAKU KETUA PROGRAM SAINS PEMBANGUNAN DAN PENYELARAS UNTUK SUBJEK URBANISASI DAN PEMBANGUNAN BANDAR. ROMBONGAN KAMI TIBA PADA PUKUL 1.30 PAGI DAN MENGINAP DI NASHA HOTEL. PADA PUKUL 8.30 PG KEESOKAN HARINYA, KAMI DIBAWA MENINJAU KAWASAN PERKAMPUNGAN YANG TERUK DILANDA BANJIR IAITU KAMPUNG KELANTAN DAN KAMPUNG TEMBIOH. PENGHULU DAN KETUA KAMPUNG TURUT BERSAMA KAMI DAN MEMBERI SEDIKIT SEBANYAK PENERANGAN MENGENAI BANJIR YANG BERLAKU DI KOTA TINGGI. MENURUT BELIAU, BANJIR KEDUA PALING DAHSYAT BERBANDING DENGAN BANJIR PERTAMA DAN TURUT MEMUSNAHKAN HARTA BENDA SEPERTI RUMAH, KENDERAAN DAN SEGALA PERKAKASAN..




DI SEBELAH PETANG IAITU PADA PUKUL 3, KAMI DIBAWA PULA KE MAJLIS DAERAH KOTA TINGGI UNTUK MENGETAHUI DENGAN LEBIH LANJUT MENGENAI ASPEK PENGURUSAN BANJIR. KEDATANGAN KAMI TURUT DISAMBUT OLEH WAKIL-WAKIL JKKK KG KELANTAN, KG TEMBIOH DAN TAMAN KEMANG YANG MAHU TURUT SERTA MENCERITAKAN PENGALAMAN MEREKA DALAM MELALUI BENCANA INI. DARIPADA PERBINCANGAN INI SAYA DAPATI BAHAWA KEBANYAKAN PENDUDUK REDHA DENGAN DUGAAN INI KERANA TERDAPAT HIKMAH DISEBALIKNYA. MANGSA-MANGSA BANJIR DIBERI PERHATIAN YANG SERIUS OLEH KERAJAAN DAN JUGA NGO. BANYAK BANTUAN YANG DIHULURKAN KPD MEREKA BUKAN SAJA DARI SEGI MATERIAL, MALAH BANTUAN SOKONGAN UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN..


SESI PERTEMUAN DAN PERBINCANGAN INI BERAKHIR PADA PUKUL 5 PTG DAN KAMI TERUS BERTOLAK PULANG KE UKM TETAPI SEMPAT SINGGAH SEBENTAR KE RUMAH SALAH SEORANG RAKAN KAMI UNTUK MAKAN MALAM..MAK DIA MASAK ASAM PEDAS IKAN SENANGIN N DAGING MASAK ITAM..SEDAP TAU...HEHEHE... KAMI TIBA DI UKM PD PUKUL 11.40 MALAM..PENAT TAU....


SEKIAN SAJA CORETAN PD HARI NI..C U AGAIN...

Wednesday, September 19, 2007

TAHUKAH ANDA APA PENYEBAB BERLAKUNYA BANJIR???


Banjir daripada laut boleh menyebabkan limpahan kepada penebat banjir dan akan menyebabkan benteng semula jadi ini musnah. Kawasan disebalik pertahanan pesisir pantai ini mungkin terdedah kepada bahaya. Banjir daripada laut boleh disebabkan oleh ribut taufan, air pasang tinggi, tsunami , atau gabungan unsur-unsur berkenaan. Oleh kerana kebanyakan komuniti masyarakat terletak berdekatan dengan pesisir pantai, masalah ini menjadi ancaman utama di seluruh dunia.
Banjir berlaku apabila sesuatu kawasan, selalunya kawasan rendah, ditenggelami dengan air. Banjir yang buruk biasanya akan berlaku apabila air sungai melimpah tebing sungai berkenaan. Satu contoh kejadian ini ialah pada bulan Januari 1999 di Queensland. Banjir berlaku apabila tanah dan tumbuh-tumbuhan tidak dapat menyerap kesemua air. Air itu kemudian mengalir di atas tanah berkenaan. Air ini tidak dapat ditampung oleh aliran sungai atau kolam semulajadi atau disimpan dalam tempat takungan air buatan manusia.
Banjir adalah bencana alam yang kerap dialami di seluruh dunia. Oleh itu, ia adalah sukar atau mustahil untuk mendapatkan polisi insurans bagi melindungi barangan serta harta yang rosak akibat banjir.

BICARA ISLAM..


BENCANA ALAM SEPERTI TSUNAMI, GEMPA BUMI, PUTING BELIUNG DAN SEBAGAINYA MERUPAKAN SESUATU YANG TIDAK DAPAT DI ELAKKAN. SEBAGAI UMAT ISLAM, KITA PERLU PERCAYA KEPADA QADAK DAN QADAR YANG TELAH DITENTUKAN OLEH ALLAH SWT DAN MENGGANGGAP IA SEBAGAI UJIAN UNTUK MENGUJI TAHAP KEIMANAN HAMBANYA.. OLEH ITU, BERSABARLAH DALAM MENEMPUHI UJIAN.....

DEFINISI PEMBANGUNAN

MENGIKUT TODARO(2000) PEMBANGUNAN DAPAT DIERTIKAN SEBAGAI PROSES PELBAGAI DIMENSI YANG MELIBATKAN PERUBAHAN TERHADAP STRUKTUR, MASYARAKAT, SIKAP DAN INSTITUSI YANG MELIBATKAN PERTUMBUHAN EKONOMI, PENGURANGAN KADAR KETIDAK ADILAN DAN PENGHAPUSAN KEMISKINAN.

INDIKATOR PEMBANGUNAN TERBAHAGI KEPADA 2 IAITU:-

1) KUALITATIF@ SOSIAL
  • TARAF HIDUP
  • KESEJAHTERAAN
  • MORAL
  • NILAI
  • BUDAYA
2) KUANTITATIF
  • KDNK
  • PENDAPATAN PER KAPITA
  • KADAR KELAHIRAN
  • KADAR KEMATIAN