Wednesday, September 26, 2007

TINJAUAN AWAL SAYA DI KOTA TINGGI




PADA 3HB OGOS YANG LEPAS SAYA SEBAGAI KETUA KUMPULAN BERSAMA-SAMA KETUA KUMPULAN YANG LAIN TELAH PERGI MEMBUAT TINJAUAN AWAL DI DAERAH KOTA TINGGI JOHOR. KAMI PERGI DENGAN MENAIKI SEBUAH BAS DAN BERTOLAK PADA PUKUL 8.30 MALAM. ROMBONGAN INI DIKETUAI OLEH PROF. MADYA DR HAMZAH JUSOH SELAKU KETUA PROGRAM SAINS PEMBANGUNAN DAN PENYELARAS UNTUK SUBJEK URBANISASI DAN PEMBANGUNAN BANDAR. ROMBONGAN KAMI TIBA PADA PUKUL 1.30 PAGI DAN MENGINAP DI NASHA HOTEL. PADA PUKUL 8.30 PG KEESOKAN HARINYA, KAMI DIBAWA MENINJAU KAWASAN PERKAMPUNGAN YANG TERUK DILANDA BANJIR IAITU KAMPUNG KELANTAN DAN KAMPUNG TEMBIOH. PENGHULU DAN KETUA KAMPUNG TURUT BERSAMA KAMI DAN MEMBERI SEDIKIT SEBANYAK PENERANGAN MENGENAI BANJIR YANG BERLAKU DI KOTA TINGGI. MENURUT BELIAU, BANJIR KEDUA PALING DAHSYAT BERBANDING DENGAN BANJIR PERTAMA DAN TURUT MEMUSNAHKAN HARTA BENDA SEPERTI RUMAH, KENDERAAN DAN SEGALA PERKAKASAN..




DI SEBELAH PETANG IAITU PADA PUKUL 3, KAMI DIBAWA PULA KE MAJLIS DAERAH KOTA TINGGI UNTUK MENGETAHUI DENGAN LEBIH LANJUT MENGENAI ASPEK PENGURUSAN BANJIR. KEDATANGAN KAMI TURUT DISAMBUT OLEH WAKIL-WAKIL JKKK KG KELANTAN, KG TEMBIOH DAN TAMAN KEMANG YANG MAHU TURUT SERTA MENCERITAKAN PENGALAMAN MEREKA DALAM MELALUI BENCANA INI. DARIPADA PERBINCANGAN INI SAYA DAPATI BAHAWA KEBANYAKAN PENDUDUK REDHA DENGAN DUGAAN INI KERANA TERDAPAT HIKMAH DISEBALIKNYA. MANGSA-MANGSA BANJIR DIBERI PERHATIAN YANG SERIUS OLEH KERAJAAN DAN JUGA NGO. BANYAK BANTUAN YANG DIHULURKAN KPD MEREKA BUKAN SAJA DARI SEGI MATERIAL, MALAH BANTUAN SOKONGAN UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN..


SESI PERTEMUAN DAN PERBINCANGAN INI BERAKHIR PADA PUKUL 5 PTG DAN KAMI TERUS BERTOLAK PULANG KE UKM TETAPI SEMPAT SINGGAH SEBENTAR KE RUMAH SALAH SEORANG RAKAN KAMI UNTUK MAKAN MALAM..MAK DIA MASAK ASAM PEDAS IKAN SENANGIN N DAGING MASAK ITAM..SEDAP TAU...HEHEHE... KAMI TIBA DI UKM PD PUKUL 11.40 MALAM..PENAT TAU....


SEKIAN SAJA CORETAN PD HARI NI..C U AGAIN...

No comments: