Wednesday, October 24, 2007

TEORI TRANSISI DEMOGRAFI

Hari ini saya akan menjelaskan serba sedikit mengenai apa itu teori transisi demografi. teori ini telah dicipta oleh Notestein pada tahun 1945. ia merupakan perubahan intepretasi diskriptif bagi menerangkan perubahan terhadap pola-pola demografi di Eropah pada abad ke 19. Teori ini dapat didefinisikan sebagai satu proses dimana masyarakat beralih daripada perinikat fertiliti (kelahiran) tinggi dan peringkat mortaliti (kematian) tinggi dan melalui peringkat pertumbuhan yang cepat kepada peringkat stabil dengan fertiliti dan kadar mortaliti yang rendah. Notestain berpendapat kejatuhan pada kadar mortaliti adalah mendahului kejatuhan pada kadar fertiliti. hal ini bermakna kadar mortaliti akan semakin berkurangan namun kadar fertiliti masih lagi meningkat. penurunan kadar mortaliti akan menyebabkan sesebuah negara mengalami pertumbuhan negara yang pesat.kadar pertumbuhan yang pesat ini akan terus berterusan sehinggalah kadar fertiliti jatuh keparas yang rendah juga. untuk pengetahuan umum, kejatuhan kadar mortaliti di Eropah Barat dan Amerika Utara bermula pada akhir kurun ke 19 dan ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor antaranya:-

a) Munculnya Revolusi Pertanian

b) Revolusi Industri
semasa revolusi industri, banyak kilang-kilang dibina di kawasan bandar
seperti kilang tekstil yang banyak menggunakan tenaga manusia. pada masa ini wanita dan kanak-kanak terpaksa bekerja kerana upah yang diterima amat rendah dan tidak mencukupi untuk menampung kehidupan seharian.mereka juga tidak mendapat keperluan asas yang sempurna dan ramai yang dijangkiti penyakit dan mati. selepas sektor perindustrian berkembang pesat, banyak teknologi baru dicipta untuk memudahkan kerja di kilang seperti mesin dan sektor lain turut berkembang iaitu sektor perubatan. kemajuan teknologi perubatan telah membawa kepada penurunan kadar kematian di negara eropah dan amerika utara.

c) Bermulanya Urbanisasi

d) Modenisasi

pada era teknologi moden masa kini, bukan sahaja kadar mortaliti yang menurun malah kadar fertiliti juga semakin menurun. hal ini adalah disebabkan oleh perkembangan dalam bidang sains dan teknologi yang membawa kepada penghasilan alat-alat pencegah kehamilan (alat kontraseptif)kerana wanita masa kini sudah berkejaya dan menginginkan saiz keluarga yang kecil. pengaruh modenisasi juga turut membawa kepada perubahan cara hidup baru terutama di kawasan bandar. mereka tidak mahu memiliki anak yang ramai kerana memikirkan kos yang perlu ditampung oleh mereka. kos kehidupan di bandar amat tinggi dan keadaan ini tidak menggalakkan mereka memiliki saiz keluarga yang besar.

Notestein telah menggambarkan perubahan yang berlaku dalam mortaliti dan fertiliti kepada 3 tahap iaitu:-

a) Tahap pertama- Penduduk akan bertambah dengan pesat apabila kadar mortaliti
telah menurun tetapi kadar fertiliti masih belum menunjukkan penurunan.

b) Tahap Kedua- pertambahan penduduk menjadi perlahan sedikit daripada tahap
pertama apabila kadar fertiliti menunjukkan kejatuhan menuju keparas yang
sama rendahnya dengan kadar mortaliti.

c) Tahap Ketiga- Penduduk telah berkurangan apabila kadar fertiliti jatuh
keparas yang lebih rendah daripada kadar mortaliti. (pertumbuhan penduduk
sifar)

Terdapat 5 tahap perubahan dalam teori Transisi Demografi iaitu:-

1) Tahap tetap dan tiada peningkatan. pada tahap ini kadar kelahiran adalah tinggi dan kadar kematian juga tinggi. hal ini bermakna pertumbuhan penduduk semulajadi adalah kosong dan sangat selamat. negara yang berada pada tahap ini adalah negara miskin seperti Afrika Selatan. kadar kelahiran di nergara tersebut adalah tinggi kerana ramai wanita negara tersebut berkahwin pada umur yang muda dan juga tidak mendapat pendidikan yang tinggi. kemiskinan dan kebuluran yang kerap berlaku menyebabkan ramai kanak-kanak tidak mendapat zat yang mencukupi yang boleh menyebabkan kematian.

2) Tahap kedua adalah tahap awal peningkatan. pada tahap ini kadar kelahiran adalah tinggi tetapi kadar kematian mulai turun secara perlahan. hal ini bermakna pertubuhan penduduk semulajadi adalah perlahan. negara yang berada pada tahap ini adalah negara yang mengamalkan ekonomi pertanian atau tradisional seperti Ghana.

3) Tahap ketiga ialah Tahap akhir peningkatan. pada tahap ini kadar kelahiran sudah menurun dan kadar kematian juga menurun lebih cepat daripada kadar kelahiran. hal ini bermakna pertumbuhan penduduk semulajadi adalah cepat dan pantas. malaysia adalah negara yang berada pada tahap ini tetapi berada di akhir peningkatan atau sudah mahu memasuki tahap keempat peningkatan.

4) Tahap keempat adalah Tahap dimana tidak berlakunya peningkatan. pada tahap ini kadar kelahiran adalah pendah dan kadar kematian juga adalah rendah. hal ini bermakna kadar pertumbuhan penduduk semulajadi adalah kosong dan sangat rendah. negara yang berada pada tahap ini adalah negara maju seperti singapura. kemajuan yang berlaku dinegara tersebut memaksa wanita turut bersaing dengan kaum lelaki dan keadaan ini menyebabkan wanita dinegara tersebut lewat berkahwin dan tidak mahu memiliki anak.

5) Tahap kelima adalah Tahap merosot. pada tahap ini kadar kelahiran adalah sangat rendah manakala kadar kematian adalah lebih tinggi daripada kadar kelahiran. pertumbuhan penduduk semulajadi adalah negatif dan negara yang berada pada tahap ini adalah negara maju seperti Jerman. wanita jerman sudah bekerjaya dan ramai yang tidak mahu berkahwin dan memiliki anak. oleh sebab itu jika dilihat pada piramid umur, piramid umur dinegara jerman bukan berbentuk segitiga tetapi lebar diatasnya.

5 comments:

Anonymous said...

thank you a looootttt..!!

hehehe..
its really hope for my assignment..

Anonymous said...

thank you so much..dgn adanya blog ni..sng sikit nk dptkan maklumat..

MiSs SuHaiDaH BeJaN (A110157) said...

Most welcome.. :-)

MiSs SuHaiDaH BeJaN (A110157) said...

Alhamdulillah.. smoga kita sama2 beroleh kejayaan..:-)

MiSs SuHaiDaH BeJaN (A110157) said...

Alhamdulillah.. smoga kita sama2 beroleh kejayaan..:-)