Wednesday, October 24, 2007

TEORI TRANSISI DEMOGRAFI

Hari ini saya akan menjelaskan serba sedikit mengenai apa itu teori transisi demografi. teori ini telah dicipta oleh Notestein pada tahun 1945. ia merupakan perubahan intepretasi diskriptif bagi menerangkan perubahan terhadap pola-pola demografi di Eropah pada abad ke 19. Teori ini dapat didefinisikan sebagai satu proses dimana masyarakat beralih daripada perinikat fertiliti (kelahiran) tinggi dan peringkat mortaliti (kematian) tinggi dan melalui peringkat pertumbuhan yang cepat kepada peringkat stabil dengan fertiliti dan kadar mortaliti yang rendah. Notestain berpendapat kejatuhan pada kadar mortaliti adalah mendahului kejatuhan pada kadar fertiliti. hal ini bermakna kadar mortaliti akan semakin berkurangan namun kadar fertiliti masih lagi meningkat. penurunan kadar mortaliti akan menyebabkan sesebuah negara mengalami pertumbuhan negara yang pesat.kadar pertumbuhan yang pesat ini akan terus berterusan sehinggalah kadar fertiliti jatuh keparas yang rendah juga. untuk pengetahuan umum, kejatuhan kadar mortaliti di Eropah Barat dan Amerika Utara bermula pada akhir kurun ke 19 dan ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor antaranya:-

a) Munculnya Revolusi Pertanian

b) Revolusi Industri
semasa revolusi industri, banyak kilang-kilang dibina di kawasan bandar
seperti kilang tekstil yang banyak menggunakan tenaga manusia. pada masa ini wanita dan kanak-kanak terpaksa bekerja kerana upah yang diterima amat rendah dan tidak mencukupi untuk menampung kehidupan seharian.mereka juga tidak mendapat keperluan asas yang sempurna dan ramai yang dijangkiti penyakit dan mati. selepas sektor perindustrian berkembang pesat, banyak teknologi baru dicipta untuk memudahkan kerja di kilang seperti mesin dan sektor lain turut berkembang iaitu sektor perubatan. kemajuan teknologi perubatan telah membawa kepada penurunan kadar kematian di negara eropah dan amerika utara.

c) Bermulanya Urbanisasi

d) Modenisasi

pada era teknologi moden masa kini, bukan sahaja kadar mortaliti yang menurun malah kadar fertiliti juga semakin menurun. hal ini adalah disebabkan oleh perkembangan dalam bidang sains dan teknologi yang membawa kepada penghasilan alat-alat pencegah kehamilan (alat kontraseptif)kerana wanita masa kini sudah berkejaya dan menginginkan saiz keluarga yang kecil. pengaruh modenisasi juga turut membawa kepada perubahan cara hidup baru terutama di kawasan bandar. mereka tidak mahu memiliki anak yang ramai kerana memikirkan kos yang perlu ditampung oleh mereka. kos kehidupan di bandar amat tinggi dan keadaan ini tidak menggalakkan mereka memiliki saiz keluarga yang besar.

Notestein telah menggambarkan perubahan yang berlaku dalam mortaliti dan fertiliti kepada 3 tahap iaitu:-

a) Tahap pertama- Penduduk akan bertambah dengan pesat apabila kadar mortaliti
telah menurun tetapi kadar fertiliti masih belum menunjukkan penurunan.

b) Tahap Kedua- pertambahan penduduk menjadi perlahan sedikit daripada tahap
pertama apabila kadar fertiliti menunjukkan kejatuhan menuju keparas yang
sama rendahnya dengan kadar mortaliti.

c) Tahap Ketiga- Penduduk telah berkurangan apabila kadar fertiliti jatuh
keparas yang lebih rendah daripada kadar mortaliti. (pertumbuhan penduduk
sifar)

Terdapat 5 tahap perubahan dalam teori Transisi Demografi iaitu:-

1) Tahap tetap dan tiada peningkatan. pada tahap ini kadar kelahiran adalah tinggi dan kadar kematian juga tinggi. hal ini bermakna pertumbuhan penduduk semulajadi adalah kosong dan sangat selamat. negara yang berada pada tahap ini adalah negara miskin seperti Afrika Selatan. kadar kelahiran di nergara tersebut adalah tinggi kerana ramai wanita negara tersebut berkahwin pada umur yang muda dan juga tidak mendapat pendidikan yang tinggi. kemiskinan dan kebuluran yang kerap berlaku menyebabkan ramai kanak-kanak tidak mendapat zat yang mencukupi yang boleh menyebabkan kematian.

2) Tahap kedua adalah tahap awal peningkatan. pada tahap ini kadar kelahiran adalah tinggi tetapi kadar kematian mulai turun secara perlahan. hal ini bermakna pertubuhan penduduk semulajadi adalah perlahan. negara yang berada pada tahap ini adalah negara yang mengamalkan ekonomi pertanian atau tradisional seperti Ghana.

3) Tahap ketiga ialah Tahap akhir peningkatan. pada tahap ini kadar kelahiran sudah menurun dan kadar kematian juga menurun lebih cepat daripada kadar kelahiran. hal ini bermakna pertumbuhan penduduk semulajadi adalah cepat dan pantas. malaysia adalah negara yang berada pada tahap ini tetapi berada di akhir peningkatan atau sudah mahu memasuki tahap keempat peningkatan.

4) Tahap keempat adalah Tahap dimana tidak berlakunya peningkatan. pada tahap ini kadar kelahiran adalah pendah dan kadar kematian juga adalah rendah. hal ini bermakna kadar pertumbuhan penduduk semulajadi adalah kosong dan sangat rendah. negara yang berada pada tahap ini adalah negara maju seperti singapura. kemajuan yang berlaku dinegara tersebut memaksa wanita turut bersaing dengan kaum lelaki dan keadaan ini menyebabkan wanita dinegara tersebut lewat berkahwin dan tidak mahu memiliki anak.

5) Tahap kelima adalah Tahap merosot. pada tahap ini kadar kelahiran adalah sangat rendah manakala kadar kematian adalah lebih tinggi daripada kadar kelahiran. pertumbuhan penduduk semulajadi adalah negatif dan negara yang berada pada tahap ini adalah negara maju seperti Jerman. wanita jerman sudah bekerjaya dan ramai yang tidak mahu berkahwin dan memiliki anak. oleh sebab itu jika dilihat pada piramid umur, piramid umur dinegara jerman bukan berbentuk segitiga tetapi lebar diatasnya.

Thursday, October 11, 2007

1) PENGENALAN

PADA 1 HINGGA 3 SEPTEMBER YANG LALU, KUMPULAN KAMI TELAH MEMBUAT KAJIAN LAPANGAN DI KOTA TINGGI JOHOR. KAMI MENGKAJI IMPAK BANJIR TERHADAP PERUBAHAN AGIHAN PERBELANJAAN BULANAN OLEH MANGSA BANJIR. KAJIAN TELAH DILAKUKAN DI KAMPUNG TEMBIOH, KAMPUNG KELANTAN DAN TAMAN KEMANG. HASIL KAJIAN ADALAH SEPERTI YANG TERTERA DI BAWAH.

PROFIL RESPONDEN

1) DATIN ARA (BUKAN NAMA SEBENAR)
TIDAK BEKERJA ( PENCEN SUAMI DAN PEMBERIAN ANAK-ANAK)
MEMPUNYAI RUMAH SEWA SEBANYAK 5 BUAH PINTU
MEMPUNYAI ANAK SEBANYAK 12 ORANG
KEBANYAKN KERUGIAN DITANGGUNG SENDIRI

2) BAIZURA BINTI BAHAROM
BERUMUR 22 TAHUN
ANGGARAN KERUGIAN RM7000
TIDAK BEKERJA( HANYA SUAMI YANG BEKERJA)
MENYEWA

3) RABIAH BINTI UJUD
BERUMUR 40 TAHUN
BEKERJA SBG OPERATOR PENGELUARAN
MENYEWA
ANGGARAN KERUGIAN RM8000

4) JEFRI BIN JANIR
BERUMUR 51 TAHUN
BEKERJA SENDIRI (TUKANG KASUT)
ANGGARAN KERUGIAN LEBIH RM10000
MENYEWA

HASIL KAJIAN


PECAHAN AGIHAN PERBELANJAAN BULANAN OLEH MANGSA BANJIR SEBELUM DAN SELEPAS BANJIR SECARA PURATANYA....


SEBELUM BANJIR..
PERBELANJAAN (PERATUSAN)
Perbelanjaan Dapur 40%
Pendidikan 30%
Kesihatan 10%
Lain-lain 20%


SELEPAS BANJIR

PERBELANJAAN (PERATUSAN)
Perbelanjaan Dapur 10%
Pendidikan 20%
Kesihatan 10%
Membaikpulih Kerosakan 50%
Lain-lain 10%




JUMLAH KERUGIAN
RESPONDEN JUMLAH KERUGIAN
RESPONDEN 1 RM 50,000
RESPONDEN 2 RM 7,000
RESPONDEN 3 RM 8,000
RESPONDEN 4 RM 10,000


KUMPULAN KAMI MEMFOKUSKAN TENTANG PERUBAHAN JUMLAH AGIHAN PENDAPATAN BULANAN SEBELUM DAN SELEPAS BANJIR OLEH 4 ORANG RESPONDEN DI KAMPUNG KELANTAN, KOTA TINGGI JOHOR. JUMLAH KERUGIAN YANG AMAT BESAR TERPAKSA DITANGGUNG OLEH PENDUDUK YANG TINGGAL DIKAMPUNG KELANTAN. RESPONDEN KAMI YANG PERTAMA MENANGGUNG KOS KERUGIAN LEBIH RM50,000DAN BANYAK RUMAH SEWANYA YANG MUSNAH. SEBELUM INI BELIAU BERGANTUNG HIDUP KEPADA WANG PENCEN SUAMI DAN BAYARAN SEWA RUMAH, TETAPI KINI BELIAU BERGANTUNG HIDUP KEPADA WANG PEMBERIAN ANAK-ANAKNYA DAN PENCEN SUAMI SAHAJA.

JIKA DILIHAT DARIPADA JADUAL, DAPAT DILIHAT PERUBAHAN YANG AMAT KETARA DARI SEGI PECAHAN PERBELANJAAN BULANAN RESPONDEN SEBELUM DAN SELEPAS BERLAKUNYA BANJIR. PERBEZAAN YANG KETARA DAPAT DILIHAT DARIPADA AGIHAN PERBELANJAAN DAPUR IAITU SEBANYAK 40% SEBELUM BANJIR DAN MENURUN KEPADA 10% SELEPAS BANJIR. KEADAAN INI BERLAKU SELAMA 5 BULAN KERANA BANTUAN MAKANAN YANG DIBERI OLEH PIHAK KERAJAAN, NGO DAN BADAN KORPORAT AMAT MENCUKUPI UNTUK DIGUNAKAN SELAMA BEBERAPA BULAN.

BEGITU JUGA DENGAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DAN KESIHATAN YANG TURUT MENURUN KERANA BANTUAN SEPERTI RAWATAN KESIHATAN DIBERIKAN SECARA PERCUMA DAN PELAJAR-PELAJAR DIBERI BANTUAN BUKU,ALAT TULIS,UNIFORM SEKOLAH DAN KASUT TURUT DIBERIKAN SECARA PERCUMA. BANTUAN-BANTUAN YANG DIBERIKAN OLEH PIHAK BERWAJIB INI TELAH BANYAK MEMBANTU MENGURANGKAN BEBAN YANG DITANGGUNG OLEH KETUA KELUARGA.

JIKA DILIHAT DARIPADA JADUAL, DIDAPATI TERDAPAT PERTAMBAHAN AGIHAN PERBELANJAAN IAITU KOS MEMPAIKPULIH KEROSAKAN. HAMPIR SEPARUH DARIPADA PENDAPATAN DIGUNAKAN UNTUK MEMBAIKI KEROSAKAN YANG TERJADI EKORAN DARIPADA BANJIR YANG MELANDA. SERVIS UNTUK MEMBAIKI KERETA SANGAT TINGGI IAITU MENCECAH RM800 UNTUK SEBUAH KERETA. BAYANGKAN JIKA ADA MANGSA YANG MEMPUNYAI 2 ATAU 3 BUAH KERETA???? JUMLAH YANG PERLU DITANGGUNG AMAT BESAR DAN MEMERLUKAN MASA YANG PANJANG UNTUK DIBAIKI..

SELAMAT HARI RAYA KPD PN MASHITAH N ALL MY FRIEND..

http://imagecode.blogspot.com/">Get Your Graphic Here

Thursday, October 4, 2007

TENSION......


HARI NI LECTURER KITORANG, PN MASHITAH KOMEN TENTANG BLOG TAHUN 3.. DIA CAKAP BLOG KITORANG TAK SETANDING DGN BLOG TAHUN 2..HANYA 20% JE YG BOLEH LA DIKATAKAN OK..TP XPE, ANDA BOLEH BUKA BLOG NI PD MINGGU DPN SB LEBIH BANYAK BAHAN YG AKAN DITAMBAH DLM BLOG NIE..AND PLEASE GIVE YOUR COMMENT..

Wednesday, October 3, 2007

DATA PENTING MALAYSIA

Populasi Penduduk (Juta)
2004: 25.58 j
2005: 26.13 j
2006: 26.64 j
Kadar Kelahiran Penduduk (Setiap 1000 Penduduk)
2004: 19.1
2005: 19.4
2006: 19.0
Kadar Kematian Kasar (Setiap 1000 Penduduk)
2004: 4.5
2005: 4.5
2006: 4.5
Kadar Pertambahan Semulajadi Kasar (Setiap 1000 Penduduk)
2004: 14.6
2005: 14.9
2006: 14.5
Kadar Mortaliti Bayi (Setiap 1000 Kelahiran)
2004: 6.5
2005: 6.3
2006: 6.2


JADUAL DIATAS MERUPAKAN DATA-DATA YANG SAYA PEROLEHI DARIPADA JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA PADA TAHUN BERAKHIR 2006. JIKA DILIHAT PADA POPULASI PENDUDUK DIMALAYSIA, BERLAKUNYA PENINGKATAN PENDUDUK PADA TAHUN 2006 BERBANDING PADA TAHUN 2005 IAITU HANYA SEBANYAK 26.13 JUTA. PENINGKATAN INI ADALAH DISEBABKAN BERLAKUNYA MIGRASI MASUK PEKERJA ASING DARI MALAYSIA DAN BUKANNYA DISEBABKAN OLEH PERTAMBAHAN PENDUDUK MALAYSIA.

KADAR KELAHIRAN PENDUDUK PULA SEMAKIN BERKURANGAN PADA TAHUN 2006 IAITU HANYA SEBANYAK 19.0 BERBANDING 19.4 PADA TAHUN 2005. PENURUNAN KADAR KELAHIRAN INI ADALAH DISEBABKAN KAUM IBU SUDAH PANDAI MERANCANG KERANA KEBANYAKAN KAUM IBU MASA KINI SUDAH BEKERJAYA KESAN DARIPADA PROSES URBANISASI DAN MEDENISASI.. MEREKA LEBIH MEMENTINGKAN KUALITI ANAK BERBANDING DENGAN KUANTITI. SELAIN ITU KEMAJUAN DALAM BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI TELAH MENGHASILKAN ALAT2 KONTRASEPTIF IAITU ALAT MENCEGAH KEHAMILAN YANG BOLEH DIGUNAKAN OLEH WANITA UNTUK MERANCANG BILANGAN ANAK DALAM KELUARGA.

KADAR KEMATIAN PULA TIDAK BERUBAH SEPANJANG TEMPOH 3 TAHUN BERTURUT2 IAITU KEKAL SEBANYAK 4.5. HAL INI ADALAH DISEBABKAN OLEH KEMAJUAN DALAN SEKTOR KESIHATAN DAN PERUBATAN. BANYAK VAKSIN2 BARU DICIPTA UNTUK MENGAWAL PENYAKIT BERJANGKIT DAN KEBANYAKAN PENDUDUK SUDAH SEDAR AKAN KEPENTINGAN MENJAGA KESIHATAN. MALAH, MEREKA JUGA TURUT MENGAMBIL MAKANAN ATAU SUPLEMEN KESIHATAN YANG BANYAK DIJUAL DI FARMASI DAN PASARAYA2.

MALAYSIA TURUT MENGALAMI PENURUNAN KADAR PERTUMBUHAN PENDUDUK SEMULAJADI IAITU SEBANYAK 14.5 PADA TAHUN 2006 BERBANDING 14.9 PADA TAHUN 2005. WALAU BAGAIMANAPUN, KADAR INI ADALAH SEDIKIT JIKA DIBANDINGKAN DENGAN NEGARA MAJU SEPERTI JERMAN YANG TELAH MENCAPAI “ZERO POPULATION GROWTH”. KEMAJUAN PESAT YANG DICAPAI OLEH NEGARA JERMAN MENYEBABKAN BIDANG PEKERJAAN LEBIH PENTING DARIPADA INSTITUSI KEKELUARGAAN. RAMAI WANITA JERMAN YANG BERKAHWIN LEWAT DAN INI MERUPAKAN SALAH SATU FAKTOR YANG MENYEBABKAN TAHAP KESUBURAN SEMAKIN MENURUN DAN MENYUKARKAN MEREKA UNTUK MEMPEROLEHI ANAK..

Wednesday, September 26, 2007

TINJAUAN AWAL SAYA DI KOTA TINGGI




PADA 3HB OGOS YANG LEPAS SAYA SEBAGAI KETUA KUMPULAN BERSAMA-SAMA KETUA KUMPULAN YANG LAIN TELAH PERGI MEMBUAT TINJAUAN AWAL DI DAERAH KOTA TINGGI JOHOR. KAMI PERGI DENGAN MENAIKI SEBUAH BAS DAN BERTOLAK PADA PUKUL 8.30 MALAM. ROMBONGAN INI DIKETUAI OLEH PROF. MADYA DR HAMZAH JUSOH SELAKU KETUA PROGRAM SAINS PEMBANGUNAN DAN PENYELARAS UNTUK SUBJEK URBANISASI DAN PEMBANGUNAN BANDAR. ROMBONGAN KAMI TIBA PADA PUKUL 1.30 PAGI DAN MENGINAP DI NASHA HOTEL. PADA PUKUL 8.30 PG KEESOKAN HARINYA, KAMI DIBAWA MENINJAU KAWASAN PERKAMPUNGAN YANG TERUK DILANDA BANJIR IAITU KAMPUNG KELANTAN DAN KAMPUNG TEMBIOH. PENGHULU DAN KETUA KAMPUNG TURUT BERSAMA KAMI DAN MEMBERI SEDIKIT SEBANYAK PENERANGAN MENGENAI BANJIR YANG BERLAKU DI KOTA TINGGI. MENURUT BELIAU, BANJIR KEDUA PALING DAHSYAT BERBANDING DENGAN BANJIR PERTAMA DAN TURUT MEMUSNAHKAN HARTA BENDA SEPERTI RUMAH, KENDERAAN DAN SEGALA PERKAKASAN..




DI SEBELAH PETANG IAITU PADA PUKUL 3, KAMI DIBAWA PULA KE MAJLIS DAERAH KOTA TINGGI UNTUK MENGETAHUI DENGAN LEBIH LANJUT MENGENAI ASPEK PENGURUSAN BANJIR. KEDATANGAN KAMI TURUT DISAMBUT OLEH WAKIL-WAKIL JKKK KG KELANTAN, KG TEMBIOH DAN TAMAN KEMANG YANG MAHU TURUT SERTA MENCERITAKAN PENGALAMAN MEREKA DALAM MELALUI BENCANA INI. DARIPADA PERBINCANGAN INI SAYA DAPATI BAHAWA KEBANYAKAN PENDUDUK REDHA DENGAN DUGAAN INI KERANA TERDAPAT HIKMAH DISEBALIKNYA. MANGSA-MANGSA BANJIR DIBERI PERHATIAN YANG SERIUS OLEH KERAJAAN DAN JUGA NGO. BANYAK BANTUAN YANG DIHULURKAN KPD MEREKA BUKAN SAJA DARI SEGI MATERIAL, MALAH BANTUAN SOKONGAN UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN..


SESI PERTEMUAN DAN PERBINCANGAN INI BERAKHIR PADA PUKUL 5 PTG DAN KAMI TERUS BERTOLAK PULANG KE UKM TETAPI SEMPAT SINGGAH SEBENTAR KE RUMAH SALAH SEORANG RAKAN KAMI UNTUK MAKAN MALAM..MAK DIA MASAK ASAM PEDAS IKAN SENANGIN N DAGING MASAK ITAM..SEDAP TAU...HEHEHE... KAMI TIBA DI UKM PD PUKUL 11.40 MALAM..PENAT TAU....


SEKIAN SAJA CORETAN PD HARI NI..C U AGAIN...

Wednesday, September 19, 2007

TAHUKAH ANDA APA PENYEBAB BERLAKUNYA BANJIR???


Banjir daripada laut boleh menyebabkan limpahan kepada penebat banjir dan akan menyebabkan benteng semula jadi ini musnah. Kawasan disebalik pertahanan pesisir pantai ini mungkin terdedah kepada bahaya. Banjir daripada laut boleh disebabkan oleh ribut taufan, air pasang tinggi, tsunami , atau gabungan unsur-unsur berkenaan. Oleh kerana kebanyakan komuniti masyarakat terletak berdekatan dengan pesisir pantai, masalah ini menjadi ancaman utama di seluruh dunia.
Banjir berlaku apabila sesuatu kawasan, selalunya kawasan rendah, ditenggelami dengan air. Banjir yang buruk biasanya akan berlaku apabila air sungai melimpah tebing sungai berkenaan. Satu contoh kejadian ini ialah pada bulan Januari 1999 di Queensland. Banjir berlaku apabila tanah dan tumbuh-tumbuhan tidak dapat menyerap kesemua air. Air itu kemudian mengalir di atas tanah berkenaan. Air ini tidak dapat ditampung oleh aliran sungai atau kolam semulajadi atau disimpan dalam tempat takungan air buatan manusia.
Banjir adalah bencana alam yang kerap dialami di seluruh dunia. Oleh itu, ia adalah sukar atau mustahil untuk mendapatkan polisi insurans bagi melindungi barangan serta harta yang rosak akibat banjir.

BICARA ISLAM..


BENCANA ALAM SEPERTI TSUNAMI, GEMPA BUMI, PUTING BELIUNG DAN SEBAGAINYA MERUPAKAN SESUATU YANG TIDAK DAPAT DI ELAKKAN. SEBAGAI UMAT ISLAM, KITA PERLU PERCAYA KEPADA QADAK DAN QADAR YANG TELAH DITENTUKAN OLEH ALLAH SWT DAN MENGGANGGAP IA SEBAGAI UJIAN UNTUK MENGUJI TAHAP KEIMANAN HAMBANYA.. OLEH ITU, BERSABARLAH DALAM MENEMPUHI UJIAN.....

DEFINISI PEMBANGUNAN

MENGIKUT TODARO(2000) PEMBANGUNAN DAPAT DIERTIKAN SEBAGAI PROSES PELBAGAI DIMENSI YANG MELIBATKAN PERUBAHAN TERHADAP STRUKTUR, MASYARAKAT, SIKAP DAN INSTITUSI YANG MELIBATKAN PERTUMBUHAN EKONOMI, PENGURANGAN KADAR KETIDAK ADILAN DAN PENGHAPUSAN KEMISKINAN.

INDIKATOR PEMBANGUNAN TERBAHAGI KEPADA 2 IAITU:-

1) KUALITATIF@ SOSIAL
  • TARAF HIDUP
  • KESEJAHTERAAN
  • MORAL
  • NILAI
  • BUDAYA
2) KUANTITATIF
  • KDNK
  • PENDAPATAN PER KAPITA
  • KADAR KELAHIRAN
  • KADAR KEMATIAN

Wednesday, July 25, 2007

OUR COUNTRY..


MALAYSIA MERUPAKAN SEBUAH NEGARA SEDANG MEMBANGUN YANG TERDIRI DARIPADA 13 BUAH NEGERI. IA TERBAHAGI KEPADA 2 KEADAAN GEOGRAFI IAITU SEMENANJUNG MALAYSIA DAN SABAH SERAWAK YANG TERPISAH OLEH LAUT CHINA SELATAN. MALAYSIA MENCAPAI KEMERDEKAAN PADA TANGGAL 31 OGOS 1957 SETELAH 446 TAHUN BERADA DALAM ERA PENJAJAHAN. MALAYSIA TERDIRI DARIPADA 3 KAUM YANG TERBESAR IAITU MELAYU, CINA DAN INDIA YANG HIDUP DALAM SUASANA AMAI DAN DAMAI. SAIZ PENDUDUK DI MALAYSIA ADALAH KECIL DAN DIANGGARKAN BERJUMLAH 25JUTA PENDUDUK..